Assalamualikum semua , tak tahu kenapa tetiba rasa rajin nak update blog ni. First of all , aku excited sebenarnya nak sambung degree awal tahun depan . Maybe dah lama aku tak belajr tu rasa excited dia rasa lain macam . Mana taknya aku dah plan dengan geng aku nanti time degree nak satu group assignmnt and class yang sama. Sebab dah kenal dia dari sem 1 tu rasa time degree pon sama dengan dia sebab senang nak bincang.
Part excited dah sattle, part print document belum lagi sebab rasa malas nk print . Tapi tu lah hakikatnya buat kerja last minit. Yelah sekarang baru bulan 11. Daftar bulan 2 , rasa lama lgi nak sattlekan semua tu.
Aku sambung degree dekat ipts sebab nak dppatkan loan mara je. And tak nak ambik ptptn . Tu sebab graduan kolej aku kebanyakan sambung degree dibawah IPMa . IPMa ni adalah intitusi pendidikan mara . Like KPTM, KUPTM ,UNIKL ,GMI . Sebenarnya sambung degree bawah IPMa ada kelebihan tersendiri dimana ramai student tak tahu, Yang tahu mostly graduan IPMa je. Contohnya 60% budak kelas aku time diploma sambung degree dekat KPTM sebab masa pengajian yang sekejap dan loan mara. If pointer baik, Ada rezeki untk fly ke luar negara . Sama je mcm UNIKL if perform time degree , boleh apply ISEM masa final year for fly luar negara. Boleh pilih uni mana mana yg kau nak. TApi ada syarat if nak dpt tajaan mara cgpa atas 3.75 and pass iv kalau tak silap.
Macam aku lepasa diploma KPM boleh fly luar negara dgn tajaan MARA dgn syarat cgpa atas 3.90 . Mesti ramai tak tahu kan KPM tu apa . KPM stand for Kolej Profesional MARA. KPM ada 6 kampus :
1- KPM BERANANG,SELANGOR
2-KPM AYER MOLEK ,MELAKA
3-KPM BANDAR MELAKA
4-KPM BANDAR PENAWAR, JOHOR
5-KPM SRI ISKANDAR , PERAK
6-KPM INDERA MAHKOTA,PAHANG
Setiap kampus Berlainan Course. Syarat utama nak masuk KPM adalah Bumiputera and melayu. Boleh Check dekat link ni http://apponline.mara.gov.my/upimonline/KPM.pdf
Boleh check dekat link tu. KPM cuma ada diploma and HND sahaja . For degree boleh sambung mana mana IPTA atau IPTS.
Bagi yang cemerlang boleh apply untuk sambung luar negara.
Bagi aku title sesebuah institusi tu tak penting . Yang penting kau bljr and selesa . Macam KPM tidak popular dan rmai tidak tahu. Sebenarnya KPM adalah institusi dibawah MARA . Yuran pengajian PERCUMA dan mendapat ELAUN SARA DIRI sebanyak RM300 setiap bulan. Macam aku Graduated tanpa hutang . Cuma yuran biasa je setiap awal sem dalam 200-300 je. itu depend pada kolej. Aku rasa berbaloi lah dibayar untk belajr . Lagi satu , untk batch sekarang untung sebab diploma 2 tahun je without Latihan industri. Maksudnya Diploma diaorg 2 tahun je then terus smbg degree . Memang untung sangat . Aku antara batch last Diploma 3 tahun with Latihan industri . Bagi aku ada pro and cons lah.
okey lah sampai sini dulu. bye
hi, nak tanya.. kalau amik degree dkt kptm untuk sambung luar negara, ada cawangan tertentu sahaja yang available atau semua cawangan kptm boleh ke luar negara?
ReplyDelete